Skip to main content

Masjid Al-Hana’

Kuah, Langkawi

Daftar Kariah
RM 0.00 0

Troli

No products in the cart.

Artikel

ANUGERAH STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA 2026/1448H

16 Oktober 2026

Masjid Al-Hana Langkawi terima anugerah Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) Peringkat Kebangsaan 2026/1448H

PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026 (Khamis) – Masjid Al-Hana, Kariah Langkawi telah melakar pencapaian apabila dianugerahkan Anugerah Masjid mencapai Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) sempena Konvensyen Masjid Nusantara dan Anugerah Masjid Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026/1448H yang berlangsung di Dewan Seri Siantan, Putrajaya.
Hadir ke konvensyen tersebut ialah YBhg. Tuan Syeikh Mohamad Subhi bin Abdullah, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK), bersama YBhg. Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Hj. Abdul Halim, Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK; YBrs. Ustaz Hj. Zainul Jamal bin Abdul Ghani, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JHEAIK; YBrs. Tuan Syeikh Lokman bin Ishak, Pegawai Agama Daerah Langkawi; YBrs. Tuan Syeikh Hakimin bin Hassan, Pegawai Agama Daerah Baling; Unit Masjid Pejabat Agama Daerah, Penyelaras Pentadbiran Masjid Daerah seluruh Negeri Kedah serta wakil-wakil masjid yang tercalon.


Penganugerahan ini menyaksikan Masjid Al-Hana, Langkawi membawa pulang wang tunai RM20,000 berserta plak dan sijil penyertaan sebagai pengiktirafan terhadap pencapaian masjid berdasarkan Standard Penarafan Masjid Malaysia. Anugerah tersebut telah disampaikan oleh YB Senator Dr. Zulkifli bin Hasan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).


Selain Masjid Al-Hana, Masjid Al-Busyra, Kariah Merbok turut mewakili Negeri Kedah dan berjaya meraih Anugerah Masjid Terbaik Kategori Nukleus Ekonomi dengan membawa pulang wang tunai RM50,000, plak dan sijil penyertaan.
Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada usaha pengurusan masjid dalam memperkukuh tadbir urus, meningkatkan mutu pengimarahan serta memperkasa peranan masjid sebagai pusat ibadah, pembangunan ummah dan kesejahteraan masyarakat.


Pejabat Agama Daerah Langkawi merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh jawatankuasa pengurusan Masjid Al-Hana, Kariah Langkawi atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memartabatkan institusi masjid serta memperkukuh syiar Islam di daerah Langkawi.
Tahniah Masjid Al-Hana, Langkawi! Semoga terus cemerlang dalam pengimarahan masjid dan pembangunan ummah.

Penghargaan penuh dan kredit diberikan kepada Pejabat Agama Daerah Langkawi atas gambar-gambar dan artikel

Hebahan Terkini

Sumbangan Iftar Puasa-Puasa Sunat

Sumbangan anda menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana' Kuah.

RM160.00 daripada RM2,000.00 8%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Sumbangan Makanan & Minuman Percuma

Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.

RM20.00 daripada RM5,000.00 0.4%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Sumbangan Pelajar IPT

Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

RM0.00 daripada RM5,000.00 0%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Bantuan Anak Yatim

Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.

RM0.00 daripada RM5,000.00 0%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Bantuan Asnaf untuk Perniagaan

Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.

RM0.00 daripada RM5,000.00 0%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Bantuan Asnaf Luar Jangka

Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.

RM0.00 daripada RM5,000.00 0%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Infaq Masjid

Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.

RM1,100.00 daripada RM2,000.00 55%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta

Bantuan Bulanan Asnaf

Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.

RM0.00 daripada RM5,000.00 0%
MYR
Minimum RM1.00.
Pembayaran selamat melalui
Bayaran selamat · resit diemel serta-merta