
Kelas Pengajian Berjadual
Kelas yang berjalan mengikut jadual mingguan. Rujuk kalendar kuliah untuk tarikh dan penceramah terkini.
Tahsin Al-Quran
Kelas memperbaiki bacaan Al-Quran mengikut hukum tajwid, dikendalikan oleh imam masjid yang merupakan pakar rujuk Tahsin Al-Quran.
Kelas Berzanji & Marhaban
Mempelajari bacaan berzanji dan marhaban untuk kegunaan majlis kesyukuran, cukur jambul dan majlis kariah. Slot Selasa dikongsi dengan pengajian kitab lain mengikut giliran bulanan.
Tadabbur Al-Quran
Program penghayatan Al-Quran secara berterusan bersama jemaah masjid, satu muka surat setiap hari.
Kuliah Maghrib
Pengajian kitab bersama panel asatizah yang berbeza setiap malam. Tajuk dan penceramah dikemas kini dalam jadual kuliah bulanan.
Bacaan Yasin & Tahlil
Majlis bacaan Yasin dan tahlil bersama jemaah masjid pada malam Jumaat.
Kuliah Subuh & Tazkirah
Kuliah pagi dan tazkirah Jumaat bersama panel asatizah serta penceramah jemputan luar. Tarikh dikemas kini dalam jadual kuliah bulanan.
Kursus Berkala
Diadakan di Bilik Seminar dan Balai Lintang masjid mengikut takwim dan permintaan.
Kelas Mualaf
Bimbingan asas fardhu ain untuk saudara baharu, dikendalikan di Bilik Seminar dan Balai Lintang masjid.
Kursus Akad Nikah
Persiapan dan pengendalian akad nikah, dijalankan di ruang Bilik Seminar dan Balai Lintang.
Jom Tuisyen Skor A SPM
Program intervensi pendidikan untuk remaja kariah, dengan kerjasama pihak pendidikan daerah Langkawi.
Ingin Menyertai?
Kelas pengajian terbuka kepada semua tanpa perlu mendaftar. Untuk kursus berkala, kelas mualaf dan kursus akad nikah, hubungi pejabat masjid untuk maklumat takwim dan pendaftaran.

