
PROGRAM IFTAR / BERBUKA PUASA SUNAT HARI ISNIN
PENGENALAN PUASA SUNAT – Puasa sunat disebut juga: Sawm al-Tatawwu‘ (صَوْمُ التَّطَوُّعِ) Maksudnya ialah puasa yang dilak...

Zon KDH06 · Langkawi

Masjid Al-Hana’ Kuah ialah masjid daerah sekali gus mercu tanda pelancongan ikonik Negeri Kedah. Mula dibina pada tahun 1959 bagi menggantikan Masjid Al-Qadim, ia dirasmikan pada 1961 oleh Perdana Menteri Pertama Malaysia, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Kini masjid ini mampu memuatkan kira-kira 1,200 orang jemaah pada satu-satu masa, lengkap dengan kemudahan bertaraf antarabangsa serta seni bina yang menggabungkan tiga tamadun — Moorish, tradisional Melayu dan motif Islam Uzbekistan.


Memartabatkan Islam melalui Kuliah Maghrib harian dan majlis ilmu sepanjang minggu.

Membantu asnaf, anak yatim dan anak kariah yang memerlukan di sekitar kariah Kuah.

Menjadi pusat komuniti Islam terbaik di Langkawi — mesra pelancong dan mesra OKU.

Menyediakan dewan, bilik seminar dan pelbagai kemudahan untuk ahli kariah & jemaah.

“Bersedekahlah kalian, kerana sesungguhnya sedekah dapat menambah harta yang banyak. Maka bersedekahlah kalian, nescaya Allah menyayangi kalian.”
(Al-Wasail 6 : 255, hadis ke-11)
Infak Sekarang
Hari Hari
Jam Jam
Minit Minit
Saat Saat
Sesungguhnya Allah Taala mengkhususkan bulan Ramadhan di antara bulan-bulan lainnya dengan keutamaan yang agung dan keistimewaan yang banyak.
Program Terkini
Bantuan bulanan asnaf melalui Al-Hana’ Mart, bantuan luar jangka, Al-Hana’ Care dan santunan anak yatim di bawah Biro Kebajikan.

Dewan Al-Rahman untuk iftar, majlis perkahwinan dan ibadah qurban; Bilik Seminar & Balai Lintang untuk kursus dan akad nikah.

TADIKA Islam Masjid Al-Hana’, Kuliah Maghrib harian, Tadabbur Al-Quran, Jom Tuisyen Skor A SPM dan program Street Dakwah.
Sumbangan anda menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana' Kuah.
Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.
Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.
Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.
Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.
Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.