
ANUGERAH STANDARD PENARAFAN MASJID MALAYSIA 2026/1448H
Masjid Al-Hana Langkawi terima anugerah Standard Penarafan Masjid Malaysia (SPMM) Peringkat Kebangsaan 2026/1448H PUTRAJAYA, 15 Oktober 2026...

PENGENALAN PUASA SUNAT – Puasa sunat disebut juga:
Sawm al-Tatawwu‘ (صَوْمُ التَّطَوُّعِ)
Maksudnya ialah puasa yang dilakukan sebagai ibadah tambahan, bukan puasa yang diwajibkan.
Tatawwu‘ bermaksud melakukan sesuatu ibadah secara sukarela sebagai tambahan kepada kewajipan.
Dalam Mazhab al-Syafi‘i, puasa sunat merupakan antara amalan yang sangat baik kerana puasa termasuk dalam ibadah yang mempunyai kelebihan besar. Kitab menerangkan bahawa tujuan puasa sunat ialah untuk menambah pengabdian dan mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Puasa merupakan antara ibadah yang besar keutamaannya. Nabi SAW bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa sehari di jalan Allah, Allah menjauhkan wajahnya daripada neraka selama 70 tahun.
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: مَنْ صَامَ يَوْمًا فِى سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ وَجْهَهُ عَنِ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
.Daripada Abu Said al-Khudri RA katanya, aku mendengar sabda Rasulullah SAW: ‘Barang siapa melakukan puasa satu hari di jalan Allah (dalam melakukan ketaatan pada Allah / jihad ), maka Allah akan menjauhkannya daripada neraka sejauh perjalanan 70 tahun.” (HR Bukhari No: 2840) Status Hadis Sahih
Rasulullah SAW mengambil berat tentang puasa pada kedua-dua hari ini.
Daripada Aisyah RA:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالْخَمِيسِ
Maksud:
“Rasulullah SAW sentiasa berusaha mengambil peluang untuk berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.”
Riwayat al-Tirmizi.
Terdapat juga hadis bahawa amalan manusia dibentangkan pada Isnin dan Khamis dan Nabi SAW suka amalannya dibentangkan ketika Baginda sedang berpuasa.

Alhamdulillah, Masjid Al-Hana istiqomah menganjurkan Program Iftar Puasa Sunat Hari Isnin
setiap minggu sejak tahun 2017. Majlis Iftar / berbuka puasa ini diadakan di Cafe Masjid Al-Hana. Sambutan yang diberikan sangatlah menggalakan. Pihak pengurusan Masjid Al-Hana berazam untuk meneruskan amalan ini dan di dalam perancangan untuk meluaskan program Iftar Puasa Sunat ini kepada Puasa–Puasa Sunat yang lain seperti Puasa Sunat Hari Khamis, Puasa Hari Putih (Ayyam al-Bidh), Puasa Hari Arafah, Puasa Hari Asyura dan Tasu‘a insya-Allah.




Adalah besar harapan kami, sumbangan boleh terus disalurkan bagi tujuan ini. Sumbangan boleh diberi samaada dalam bentuk wang tunai atau barangan.
Sumbangan anda membantu menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana’ Kuah.
Sumbangan boleh di salurkan secara khusus untuk tujuan ini dengan mengimbas Kod QR yang disertakan atau layari laman web masjid https://masjidalhanalangkawi.com/sumbangan/

Orang yang memberi makan kepada orang yang berpuasa akan mendapat ganjaran pahala yang
setara dengan orang berpuasa itu tanpa dikurangkan sedikit pun pahala orang yang berpuasa tersebut
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhani RA, Rasulullah SAW bersabda
مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لاَ يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا
Maksudnya: “Siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa tersebut, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun.” (Riwayat al-Tirmizi No. 807)
Jom sertai kami bagi memeriahkan lagi suasana Iftar/Barbuka puasa di Masjid Al-Hana’, Kuah, Langkawi. Jumpa anda di Cafe Masjid Al-Hana.

















Sumbangan anda menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana' Kuah.
Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.
Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.
Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.
Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.
Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.