
PROGRAM IFTAR / BERBUKA PUASA SUNAT HARI ISNIN
PENGENALAN PUASA SUNAT – Puasa sunat disebut juga: Sawm al-Tatawwu‘ (صَوْمُ التَّطَوُّعِ) Maksudnya ialah puasa yang dilak...

Bengkel Menggilap Permata Langkawi 2 bagi Matapelajaran Pendidikan Islam SPM 2026 telah diadakan pada hari Khamis, 1hb Oktober 2026 bersamaan 19 Rabiulakhir 1448H bertempat di Dewan Ar-Rahman, Masjid Al-Hana’ Kuah, Langkawi, Kedah.
“Eksplorasi Ilmu, Gilap Potensi, Cipta Kecemerlangan”

Alhamdulillah, telah berlangsung Bengkel Menggilap Permata Langkawi Fasa 2 bagi Mata Pelajaran Pendidikan Islam SPM 2026 yang melibatkan seramai 100 orang murid Tingkatan 5 daripada seluruh sekolah menengah daerah Langkawi.
Program dimulakan dengan taklimat oleh Jurulatih Utama Daerah, Ustazah Nor Syuhada bt Mohd Basir dan seterusnya diteruskan dengan aktiviti permainan berbentuk eksplorace. Pendekatan santai, interaktif dan menyeronokkan ini memberi fokus khusus kepada strategi dan teknik menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) bagi membantu murid lebih yakin menghadapi SPM 2026.
Objektif program:
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Jurulatih Utama Negeri, Ketua Jurulatih Daerah, Jurulatih Daerah Langkawi serta Fasilitator atas komitmen, perkongsian ilmu dan bimbingan yang diberikan sepanjang program.
Semoga usaha kecil ini menjadi langkah besar dalam menggilap potensi anak-anak Langkawi dan melakar kecemerlangan Pendidikan Islam dalam SPM 2026.

Eksplorasi Ilmu • Gilap Potensi • Cipta Kecemerlangan








#MenggilapPermataLangkawiFasa2
#PendidikanIslamSPM2026
#SPM2026
#EksplorasiIlmuGilapPotensiCiptaKecemerlangan #LangkawiSetanding #IqraMembinaGenerasiMadani#Masjidalhanalangkawi#Langkawi#DewanArRahman
Sumbangan anda menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana' Kuah.
Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.
Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.
Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.
Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.
Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.