
Program Jom Tuisyen Skor A SPM 2026 (Matematik)
Masjid Al-Hana (Bilik Seminar 2), 17 Okt 2026 (Sabtu) – Jom Tuisyen Skor A SPM bagi mata pelajaran Matematik telah dilaksanakan dengan...

KHUTBAH JUMAAT – “TEGAS TANPA KASAR, TEGUR TANPA MENGHINA”
16 Oktober 2026 / 05 Jamadil Awal 1448 Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
Pernahkah kita ditegur, tetapi yang melekat dalam ingatan bukan nasihatnya, sebaliknya rasa marah dan malu?
Mengapa ada teguran yang membawa perubahan, sedangkan ada teguran yang menimbulkan kebencian? Jawapannya terletak pada cara kita menyampaikan kebenaran.
Kebenaran yang disampaikan dengan hikmah dan kasih sayang mampu menyentuh hati, manakala kebenaran yang disampaikan dengan penghinaan boleh menyebabkan seseorang menolak nasihat.

Allah SWT berfirman dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 159,
Maksudnya: “Maka dengan sebab rahmat daripada Allah engkau berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya engkau bersikap kasar lagi keras hati, nescaya mereka akan lari dari sekelilingmu.
Didalam ayat ini jelas menggambarkan bahawa kelembutan Rasulullah SAW menyebabkan manusia mendekati Baginda. Sekiranya Baginda bersikap kasar dan keras hati, nescaya mereka akan menjauhkan diri.
Islam mengajar kita supaya menegakkan amar makruf dan nahi mungkar, tetapi teguran mestilah berlandaskan hikmah, adab dan kasih sayang.
Tujuan menegur adalah untuk membetulkan, bukan menjatuhkan; untuk membimbing, bukan memalukan.
Tujuan dakwah ialah membawa manusia kepada Allah, bukan menjauhkan manusia daripada agama Allah.

Rasulullh SAW juga mengajar kita supaya mengubah kemungkaran mengikut kemampuan, sebagaimana hadis riwayat Muslim.
Maksudnya: “Barangsiapa dalam kalangan kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.”
Namun, menegur bukanlah lesen untuk menghina, membuka aib atau mencerca orang lain.
Dalam kehidupan hari ini, khususnya di media sosial, marilah kita menilai setiap kata-kata dan tindakan kita. Adakah teguran kita mendidik atau menyakiti? Adakah tulisan kita membawa kebaikan atau mencetuskan permusuhan?
Allah SWT berfirman dalam Surah Taha, ayat 43–44,
Maksudnya : “Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas dalam kekufurannya. Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut”.
Didalam ayat tersebut Allah SWT telah berfirman agar Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS berbicara dengan Firaun menggunakan kata-kata yang lemah lembut, walaupun Firaun seorang yang melampaui batas.
Pengajarannya jelas: jika Firaun pun diperintahkan untuk ditegur dengan kata-kata yang lembut, apatah lagi sesama manusia.
Marilah kita menegur dengan hikmah, menasihati dengan kasih sayang dan mempertahankan kebenaran tanpa mengorbankan adab.
Tegas pada prinsip, lembut dalam pendekatan dan mulia dalam akhlak.
Semoga setiap teguran kita menjadi jalan kepada perubahan dan mendekatkan manusia kepada Allah SWT, bukan menjauhkan mereka daripada-Nya.
Sumber: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah
Sumbangan anda menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana' Kuah.
Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.
Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.
Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.
Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.
Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.