Persiapan Sebelum Menunaikan Umrah: Panduan Ringkas Untuk Jemaah
Umrah bukan sekadar perjalanan – ia satu ibadah yang menuntut persiapan ilmu, fizikal dan kewangan. Berikut panduan ringkas untuk jema...

Dukacita dimaklumkan bahawa telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Kamaruddin Idris (Pak Cik Am) (1961–2026), salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hana pada 30 Rabiulawal 1448 bersamaan 12 September 2026
Pihak pengurusan dan seluruh warga Masjid Al-Hana merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas segala jasa, khidmat dan sumbangan Allahyarham dalam berbakti kepada masjid dan masyarakat.
Semoga segala amal kebajikan dan khidmat Allahyarham diterima sebagai amal soleh, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan bersama golongan yang beriman dan beramal soleh.
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah, ampunkanlah beliau, rahmatilah beliau, sejahterakanlah beliau dan maafkanlah segala kesalahannya. Aameenn…
Al-Fatihah.
Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.
Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.
Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.
Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.
Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.