Ekosistem Kemudahan Ummah
Kemudahan & Sewa Dewan
Dewan dan bilik seminar Masjid Al-Hana’ boleh ditempah untuk majlis kenduri, perkahwinan, kursus, seminar dan program komuniti.

Ruang Untuk Ditempah
Pilih ruang, tetapkan tarikh, dan buat tempahan terus dalam talian.

Dewan Ar-Rahman
Dewan Ar-Rahman menawarkan ruang yang selesa dan ideal untuk penganjuran majlis kenduri serta perkahwinan. Sewaan dewan merangkumi persiapan set kerusi dan meja, pentas acara, meja hidangan, serta akses ke satu bilik persalinan atau bilik menunggu berhawa dingin. Pihak penyewa dibenarkan membuat persiapan pelamin seawal sehari sebelum majlis bermula.
Catatan: Kadar sewaan tidak merangkumi penyediaan pelamin dan perkhidmatan makanan.
RM800 anak kariah · RM1,000 luar kariah · agensi & NGO RM500–1,000

Dewan Serbaguna (Bilik Seminar 1)
Bilik serbaguna ini mampu menampung kapasiti sehingga 50 orang pada satu-satu masa. Kadar sewaan adalah RM150.00 sehari, merangkumi kemudahan meja dan kerusi bagi tujuan kursus mahupun jamuan makan. Kemudahan LCD Projektor dan Sistem PA juga disediakan dengan tambahan kadar sebanyak RM100.00.
RM150 sehari · +RM100 LCD & PA

Bilik Seminar & Pengajian
Bilik kuliah sesuai untuk penganjuran kursus, mesyuarat, dan seminar. Lengkap dengan kemudahan meja dan kerusi kuliah.
Nota: Makanan dan minuman tidak dibenarkan di dalam bilik.
RM200 sehari · +RM100 LCD & PA

Dewan Khas
Ruang khas untuk kursus umrah, kuliah dan aktiviti keagamaan anak kariah. Sesuai untuk majlis ilmu secara bersila mahupun berkerusi. Sumbangan ikhlas di alu-alukan bagi program di dewan ini.
PERCUMA tertakluk kelulusan pihak masjid
Maklumat Tempahan
Cara Menempah
Pembayaran
Bank Rakyat
11-0236920-7
MASJID AL-HANA MUAMALAT
Hantar resit ke WhatsApp +6013-405 8625 atau e-mel admin@masjidalhanalangkawi.com. Untuk sebarang pertanyaan berkenaan tempahan, hubungi pejabat masjid.
Kadar Khas & Tambahan
Kadar berikut tidak boleh ditempah atau dibayar melalui laman web — sila hubungi pejabat masjid terus:
• Dewan Ar-Rahman untuk agensi atau NGO (RM500–RM1,000)
• Dewan Ar-Rahman separuh hari — mengikut pertimbangan Jawatankuasa Masjid
• Tempat makan di Dewan Ar-Rahman untuk lebih 40 orang semasa kursus di bilik seminar (RM150)
Kadar luar kariah (RM1,000) dan tambahan LCD Projektor & PA System (RM100) akan dilaraskan oleh pejabat masjid semasa mengesahkan tempahan anda.
Hubungi +6013-405 8625 atau admin@masjidalhanalangkawi.com.

Kemudahan Lain di Masjid
Selain ruang yang boleh ditempah, Masjid Al-Hana’ menyediakan pelbagai kemudahan sokongan untuk jemaah, ahli kariah dan pengunjung.
Ruang Solat Utama
Siling melebihi 20 kaki dengan ukiran kaligrafi kayu, berhawa dingin sepenuhnya, memuatkan kira-kira 1,200 jemaah dan disokong oleh Balai Lintang untuk kelonggaran ruang.
Bilik Tetamu
Dua unit bilik tetamu serba lengkap, khusus untuk penceramah jemputan dan pelawat rasmi masjid.
Pejabat Imam & Pentadbiran
Urusan nikah, cerai dan aduan qaryah dikendalikan di Pejabat Imam. Turut menempatkan Pejabat Pentadbiran (Setiausaha & Bendahari) serta Bilik Mesyuarat.
Kaunter Zakat
Beroperasi sepanjang bulan Ramadan, dikendalikan oleh amil lantikan JHEAIK.
Taman Permainan & TASKI
Dibina secara strategik bagi menyelesaikan isu gangguan bunyi ketika jemaah bersolat, sekali gus menjadi tarikan kepada ibu bapa.
Prasarana Mesra OKU
Tandas dan kerusi solat khusus bagi memastikan ibadah dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa halangan fizikal.
Ruang Wuduk & Bilik Mandi
Paip dan kolah yang banyak, diasingkan kemas untuk muslimin dan muslimat.
Taman Bunga & Wakaf
Lanskap hijau dan pondok rehat untuk menyejukkan mata dan memberi ketenangan sebelum sujud kepada Ilahi.
Galeri & Laman Herba
Galeri Al-Hana’ memaparkan sejarah dan maklumat asas Islam untuk pengunjung bukan Islam, manakala Laman Herba memaparkan flora tradisional untuk aromaterapi.
Alhana Mart
Kedai runcit milik Biro Kebajikan di perkarangan masjid — menjual barangan keperluan harian, produk berlogo masjid, serta menjadi tempat penerima bantuan menebus kupon bulanan mereka.
Perlukan Bantuan Menempah?
Pejabat Masjid Al-Hana’ sedia membantu anda memilih ruang yang paling sesuai untuk majlis atau program anda.

