
PESANAN DARIPADA MIMBAR – TEGAS TANPA KASAR, TEGUR TANPA MENGHINA
KHUTBAH JUMAAT – “TEGAS TANPA KASAR, TEGUR TANPA MENGHINA” 16 Oktober 2026 / 05 Jamadil Awal 1448 Sumber: Jabatan Ha...

Masjid Al-Hana (Bilik Seminar 2), 17 Okt 2026 (Sabtu) – Jom Tuisyen Skor A SPM bagi mata pelajaran Matematik telah dilaksanakan dengan jayanya. Program anjuran bersama Pejabat Pendidikan Daerah Langkawi dan Masjid Al-Hana ini melibatkan 60 orang calon SPM 2026 daripada SMK Mahsuri yang merupakan anak kariah Al-Hana dan telah diadakan di Bilik Seminar 2 Masjid Al-Hana’, Kuah Langkawi.

Mereka merupakan pelajar kumpulan berprestasi sederhana bagi mata pelajaran Matematik yang disasarkan untuk memperoleh sekurang-kurangnya A- dalam SPM nanti. Pelajar-pelajar berbangsa Cina yang bukan Islam juga dilibatkan sekali dalam kelas ini bertujuan untuk ‘membawa’ mereka ke kawasan masjid.

Guru pakar Matematik dari SMK Kedawang, Pn Hajah Norizan binti Othman diberi tanggungjawab sebagai fasilitator utama. Program ini mendapat tajaan sepenuhnya daripada Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (Cawangan Teluk Ewa).



Sumbangan anda menampung kos penyediaan juadah berbuka untuk jemaah yang berpuasa sunat di Masjid Al-Hana' Kuah.
Makanan dan minuman percuma disediakan untuk jemaah selepas kuliah Subuh pada setiap hari Jumaat dan Sabtu. Sumbangan anda menampung kos penyediaannya.
Sumbangan wang kepada pelajar kariah yang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).
Menyumbang peralatan sekolah — beg sekolah, baju sekolah dan kasut sekolah — serta duit perbelanjaan sekolah kepada anak yatim kariah Masjid Al-Hana'.
Bantuan peralatan kepada asnaf peniaga kecil supaya mampu berdikari, seperti penyediaan chiller bagi memulakan dan mengembangkan perniagaan sendiri.
Bantuan segera kepada musafir dan asnaf yang ditimpa musibah — termasuk membaiki bumbung rumah asnaf, mangsa rumah terbakar dan mangsa banjir.
Setiap sumbangan anda menjadi nadi kepada kelestarian dakwah dan kebajikan di Masjid Al-Hana'.
Bantuan barang makanan bernilai RM100 sebulan kepada asnaf kariah Kuah, ditebus menggunakan kupon di Alhana Mart. Seramai 52 penerima menerima kupon bulanan ini, sebahagian daripada 120 penerima bantuan Biro Kebajikan sejak tahun 2016.